Monday, November 20, 2006

Grunge....???

Seperti yang dijanjikan, saya akan mengutarakan isu Grunge dalam post kali nih. So sit back and read carefully...

Grunge; Apa itu Grunge?? Seringkali kita terdengar perkataan ini disebut2 sama ada di peringkat budak sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, orang kerja,
orang takde kerja, semua pasti pernah terserempak atau terlibat dalam ape yang dikatakan Grunge. Tapi yang menjadi persoalan ialah apabila disoal, lain pula jawapan nya. Ada yang terus mengatakan "Grunge tu Kurt Cobain la!"...ada pula yang berpendapat "Grunge tu budaya negatif, dadah, arak". Jadi ape sebenarnya Grunge??

Grunge berasal dari Seattle, sebuah bandar di Barat Laut AS. Pada tahun 1970an dan 80an, muzik heavy metal dan glam rock amat kuat pengaruh di AS. Band2 seperti Led Zeppelin, AC/DC, Queen, Black Sabbath, semua ini boleh dikatakan antara nama besar dalam scene muzik AS ketika itu. Ketika scene metal sedang melonjak naik,
Punk juga sedang mengumpul pengaruhnya di AS. Punk berasal dari British melalui band seperti Sex Pistols, Rancid etc...baiklah, kita hentikan cerita tentang Punk, nanti melalut plak.

Jika dilihat daripada perkembangan muzik Seattle di atas, tidak salah untuk kita katakan yang Grunge adalah gabungan daripada kedua-dua genre muzik met
al dan punk. Grunge itu RAW, mentah, kotor. Tapi jangan salah anggap, itu hanyalah terma muzik nya sahaja (walaupun ramai pioneer grunge mmg macam tu)...hahahaha....cuba anda bayangkan gabungan antara riff gitar yang berat daripada muzik metal...cuma lebih bingit (kurang Gain, kuat Treble)...dan dimainkan dengan tempo yg sedikit perlahan daripada muzik metal (seperti punk)...itulah muzik Grunge...at least...pada awalnya. Liriknya berkisarkan tekanan perasaan, kehidupan masyarakat, sosial dan lain2. Berbeza daripada punk yang sering bercerita tentang kebebasan mutlak, penentangan, pemberontakan...grunge lebih versatile stail muziknya...tidak terikat dengan apa2 jenisan...mahupun rock bingit atau akustik...selagi ianya raw...dengan bunyi gitar yang kadang2 disusuli bunyi feedback amplifier...itulah Grunge.

Grunge bukan sekadar muzik semata2, ia merupakan state of mind...meliputi fesyen, view of life, muzik....pendek kata semua mesti grunge lah! ! Baju lusuh (bundle laaa...), kasut kanvas (converse? jack parcel?), rambut serabai, jeans koyak sket2....itulah fesyen para Grungies pada awalnya (skang pun ade lagi). Tapi jangan disamakan grunge dengan punk atau metal...punk ade dresscode tertentu mengikut fahaman mereka...ade falsafah tertentu...metal pula ketika itu mesti dark, mesti rambut panjang gile....glam rock toksah cite la...baju nampak dada luas, seluar ketat, rambut mengerbang, headband....fuuhhh...name lagi glam-rock kan...glamour!!

Pengasas Grunge?? hmm...susah untuk saya katakan disini...tapi ape yg saya tahu, orang pertama yang menggunakan terma Grunge ialah Mark Arm, vokalis band Green River (kemudian Mudhoney) ketika mendifinisikan muzik bandnya sebagai "pure grunge, pure shit!". Dari saat itu, media telah melabelkan semua band yang muziknya agak2 sama dengan Green River sebagai GRUNGE. Ada yang melabelkan Neil Young, bekas anggota Pearl Jam (masih ingat lagu Keep On Rockin' In A Free World??) sebagai The Godfather Of Grunge kerana kekerapannya menggunakan distortion gitar dan hasil kerjanya bersama band lama Crazy Horse.

Awal 90an; Grunge masuk mainstream! Inilah saatnya dunia mengenali Nirvana, Pearl Jam, Alice In Chains, Soundgarden,The Smashing Pumpkins, Mudhoney dan banyak lagi!! Grunge sudah mula menular keluar daripada kepompong S
eattle dan pelbagai festival muzik seperti Lollapalooza telah diadakan sempena 'demam' Grunge!! Cuba anda dengar lagu2 band di atas, pasti anda akan berkata "Yang mana satu grunge ni? Semua lain2"...hahahaha....tapi jika diamati ciri2 yang telah saya berikan sebelum ini, pasti anda akan jumpa persamaannya. MTV telah mula menayangkan video2 klip band grunge seperti Soundgarden dan Nirvana. Label2 besar telah berani untuk mempertaruhkan band2 ini di arus perdana dunia. Ketika ini kita dapat menyaksikan zaman kemuncak grunge, yang telah menenggelamkan metal (yes..even Metallica pun susah nk cari makan lepas Black Album!!) dan muzik2 lain.

Kematian Kurt Cobain pada 1994 telah memberi impak ya
ng besar kepada scene grunge dunia. Ini diikuti dengan berita kematian Kristen Pfaff (Hole) dan sebelum itu, pada 1990, Andrew Wood (Mother Love Bone) telah meninggal dunia yang membawa kepada pembubaran band tersebut. Semua kes kematian disebabkan overdose Heroin. Ini telah memberi tamparan yang hebat kepada scene Grunge. Mereka dilabel sebagai penagih dadah dan golongan yang tak bermoral. Tahun 1996 telah menyaksikan banyak band grunge berkubur. Pearl Jam dengan album terakhirnya No Code, Alice In Chains membuat persembahan terakhir bersama vokalisnya Layne Staley (yang meninggal dunia pada tahun 2000 juga kerana heroin), Soundgarden dan The Screaming Trees turut merilis album studio terakhir mereka. Nirvana juga telah merilis album live mereka From The Muddy Banks Of The Wishkah yang merupakan rilisan terakhir mereka sebelum menyepi selamanya. Itulah tahun terakhir yang menyaksikan otai2 grunge dunia bergiat dalam scene muzik. Grunge telah mati (Grunge is Dead) dengan meninggalkan 'anak2' nya; Alternative dan Post-Grunge yang lebih radio-friendly muziknya (Creed, Nickelback)..sekadar menyebut beberapa nama.

Sekarang di Malaysia sendiri telah banyak band yang lahir daripada demam Grunge. Butterfingers ialah nama besar yang tak harus disingkirkan daripada proses evolusi ini. Cuma lama kelamaan mereka 'dituduh' telah lari daripada asal usul mereka...Grunge. Tapi jika dilihat definisi Grunge itu sendiri sebagai sesuatu yang raw...mentah...unpolished...Butterfingers still got it right! Sukar untuk saya bercerita mengenai scene grunge di Malaysia kerana usia ketika itu baru setahun jagung (darjah 5...darjah 6 camtuh). Tetapi yang pasti, ramai anak2 muda sekarang yang 'Grunge'-nya hanya sekadar ucapan. Mereka tidak tahu asal usul dan root asal muzik itu (masih ada budak skolah yang mengeja Grunge sebag
ai Grunch! hahaha). Sedarlah bangsaku...

Di bawah ini saya sertakan riwayat hidup Grunge. Hijau un
tuk band yang telah pupus. Oren untuk band yang masih aktif. Kelabu untuk band yang agak2 akan aktif untuk 2-3 taun lagi.


3 comments:

Najwan Halimi said...

ulasan yg versatile..cuma aku kadang2 confuse bila dikait dgn istilah2 gitar..hehe

dan pening dgn kepelbagaian nama2 band yg seakan2 sama..

apapun,sedikit sebanyak aku dpt tangkap apa yg kau ceritakan!

Shah said...

Pearl Jam grunge? (Eddie Vedder)

pathio said...

Boz artclxz sgt menarek nih ... smn mau nax nih bukannya nirvana pelopor/pendiri aliran grunge ?