Sunday, August 12, 2007

Merdeka 1 (sukahati ibu dan ayah mereka)


Assalamualaikum,

Dah lame aku x tulis kat sini...lame gak la sampai aku sendiri pun taktau nk start dari mana....so nak bagi senang cerita....jom sembang...sembang pasal MERDAYKA

Smalam aku terbaca blog member (Najwan) yang menceritakan tentang lagu Negaraku (yang skarang ni HITZZZ gile)....agak-agak kalo masuk Billboard bleh chart topping hit tuh...paling koman sminggu....semua hasil 'kreativiti' rakyat Malaysia sendiri yang menggubah dan adun semula lagu tu dengan irama bunyi ala-ala hip-hop dan gaya nyanyian 'rap'....diselit pula dengan nada-nada sinis sindiran, teguran mahupun kutukan...semua lengkap (Fusion gamaknye)

Dan disentuh juga tentang asal-usul lagu kebangsaan yang 'kantoi' akhirnya...rupanya dipetik dari lagu Mamula Moon gubahan Pierre Jean Berager dari Peranchis...hahahhaa...aku ingat lagi masa belajar sejarah dulu...cikgu bagitau lagu Negaraku asalnya dari lagu Terang Bulan iaitu lagu rasmi negeri Perak...tapi rupanya ada rahsia tersembunyi disitu...ada seseorang yang ditindas dan namanya dipadam disitu...yea tuan2 dan puan2....tak lain tak bukan...Pierre Jean Berager....komposer asal lagu Mamula Moon yang akhirnya diciplak oleh Perak (dengan tajuk pun nk ciplak...apekejadah la orang yang bagi idea nih)...dan akhirnya diambil secara 'sah' oleh kerajaan Malaysia sebagai lagu kebangsaan yang kita dengar hari ini...

Aku taknak sentuh la kisah lain...kisah bendera...kisah tu kisah ni....semua kisah tu malas la aku nak kupas panjang...lagi baik hadirin sekalian pergi menjenguk blog saudara Najwan....moral daripada semua ini ialah sampai bila nk jadi camnih!!!

tatkala industri bunyi-bunyian (baca : muzik) di Malaysia makin sakit...
tatkala para penggubah lagu dan penggiat seni menyuarakan bantahan terhadap cetak rompak....
tatkala para seniman bertarung mempertahankan royalti....

tatkala itu masyarakat terus menutup mata dan menyumbat telinga...
tatkala itu sejarah sebenar lagu kebangsaan ditutup ceritanya...
tatkala itu masyarakat terus menyanyikan lagu kebangsaan yang pada asalnya memang cetak rompak....
tatkala itu kita terus dilabel sebagai negara cetak rompak...
bukan kerana lanun-lanun CD atau DVD....
tapi dek kerana lanun-lanun yang kita sendiri pun dah tak kenal mana satu....
semua bagai satu

aku tak kesah sama ada lagu ni diambil secara sah atau tak....tapi paling koman cerita la betul-betul..ape nk takut?? takut dilabel sebagai penyokong blok Barat?? takut dilabel sebagai penyangak harta intelek?? takut dilabel sebagai lanun no.1 dunia???.....ko x cite pun orang dah tau!!!

1 comment:

najwan halimi said...

yeay!

tiga bulu ari untuk sdr hareez hafni!