Showing posts with label merdeka. Show all posts
Showing posts with label merdeka. Show all posts

Sunday, August 12, 2007

Merdeka 2 ( KITA )


Kembali lagi... entah kenapa....aku jadi gila nak mentelaah kembali koleksi lagu-lagu M.Nasir dalam komputer riba nih...akhirnya aku tersentuh dengan satu lagu...cuba anda perhatikan liriknya...
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

...itu lagu M.Nasir - Anak-anak Kita....terfikir sejenak...apa agaknya yang bermain di fikiran beliau ketika mencipta lirik lagu ini...dari segi gubahan bunyi aku taknak komen...mantap...ada bunyian nusantara macam biasa...hahahaha

Sekali imbas...apabila lirik itu dituturkan oleh beliau...sudah pasti "anak-anak kita" yang dimaksudkan adalah dari golongan kita....muda-mudi...mungkin beliau cuba untuk menyampaikan pesan kepada golongan sebaya aku...dan juga kepada ibu bapa kita mungkin...supaya mendidik anak masing-masing...bagus!! syabas diucapkan!!...

Tapi aku masih 'ragu-ragu'....siapa yang dimaksudkan dengan "politikus usang", "tukang karut", "dalang wayang", "ahli koporat", "doktor jiwa", "pakar kitab", "tuhan-tuhan" ??? kalian punya pendapat? suarakan....hehehehe

Merdeka 1 (sukahati ibu dan ayah mereka)


Assalamualaikum,

Dah lame aku x tulis kat sini...lame gak la sampai aku sendiri pun taktau nk start dari mana....so nak bagi senang cerita....jom sembang...sembang pasal MERDAYKA

Smalam aku terbaca blog member (Najwan) yang menceritakan tentang lagu Negaraku (yang skarang ni HITZZZ gile)....agak-agak kalo masuk Billboard bleh chart topping hit tuh...paling koman sminggu....semua hasil 'kreativiti' rakyat Malaysia sendiri yang menggubah dan adun semula lagu tu dengan irama bunyi ala-ala hip-hop dan gaya nyanyian 'rap'....diselit pula dengan nada-nada sinis sindiran, teguran mahupun kutukan...semua lengkap (Fusion gamaknye)

Dan disentuh juga tentang asal-usul lagu kebangsaan yang 'kantoi' akhirnya...rupanya dipetik dari lagu Mamula Moon gubahan Pierre Jean Berager dari Peranchis...hahahhaa...aku ingat lagi masa belajar sejarah dulu...cikgu bagitau lagu Negaraku asalnya dari lagu Terang Bulan iaitu lagu rasmi negeri Perak...tapi rupanya ada rahsia tersembunyi disitu...ada seseorang yang ditindas dan namanya dipadam disitu...yea tuan2 dan puan2....tak lain tak bukan...Pierre Jean Berager....komposer asal lagu Mamula Moon yang akhirnya diciplak oleh Perak (dengan tajuk pun nk ciplak...apekejadah la orang yang bagi idea nih)...dan akhirnya diambil secara 'sah' oleh kerajaan Malaysia sebagai lagu kebangsaan yang kita dengar hari ini...

Aku taknak sentuh la kisah lain...kisah bendera...kisah tu kisah ni....semua kisah tu malas la aku nak kupas panjang...lagi baik hadirin sekalian pergi menjenguk blog saudara Najwan....moral daripada semua ini ialah sampai bila nk jadi camnih!!!

tatkala industri bunyi-bunyian (baca : muzik) di Malaysia makin sakit...
tatkala para penggubah lagu dan penggiat seni menyuarakan bantahan terhadap cetak rompak....
tatkala para seniman bertarung mempertahankan royalti....

tatkala itu masyarakat terus menutup mata dan menyumbat telinga...
tatkala itu sejarah sebenar lagu kebangsaan ditutup ceritanya...
tatkala itu masyarakat terus menyanyikan lagu kebangsaan yang pada asalnya memang cetak rompak....
tatkala itu kita terus dilabel sebagai negara cetak rompak...
bukan kerana lanun-lanun CD atau DVD....
tapi dek kerana lanun-lanun yang kita sendiri pun dah tak kenal mana satu....
semua bagai satu

aku tak kesah sama ada lagu ni diambil secara sah atau tak....tapi paling koman cerita la betul-betul..ape nk takut?? takut dilabel sebagai penyokong blok Barat?? takut dilabel sebagai penyangak harta intelek?? takut dilabel sebagai lanun no.1 dunia???.....ko x cite pun orang dah tau!!!